BM | EN | 中文

JKNJ, JAINJ laksana surveilan keatas AJK masjid dan surau Johor Bahru

JKNJ-JAINJ-laksana-surveilan-keatas-AJK-masjid-dan-surau-Johor-Bahru.jpg

Gambar Ehsan FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melaksanakan aktiviti surveilan ke atas ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di daerah Johor Bahru hari ini susulan kewujudan kiuster COVID-19 melibatkan majlis keagamaan akhir-akhir ini.

JKNJ menerusi laman Facebook memaklumkan seramai 324 AJK masjid dan surau hadir melakukan ujian saringan COVID-19 di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti di sini dalam usaha mengawal penularan wabak itu.

“Seramai 75 petugas kesihatan terlibat (dalam aktiviti surveilan) terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak,” menurut JKNJ.

Advertisement

Untuk rekod, Johor membenarkan hanya 50 jemaah menunaikan solat Jumaat serta solat fardu di masjid dan surau Jumaat manakala 20 jemaah dibenarkan menunaikan solat di surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis lepas.

Jumlah itu termasuk pegawai, AJK masjid atau surau dan arahan tersebut turut terpakai bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau hingga 7 Jun ini atau satu tarikh yang akan dimaklumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Johor merekodkan 477 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keselunuhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 53,414 kes dengan 202 kematian.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top