BM | EN | 中文

JKN Johor sampaikan pesanan bahaya Covid-19 melalui pantun, kiasan

jkn-johor-pantun.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI “Mendapat permit rentas negeri, ibu dan ayah segera dikunjungi, asal zon merah ke hijau kini, penularan COVID telah terjadi.”

Itu antara pantun digunakan bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya COVID-19 secara lebih menarik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Mereka tampil dengan inisiatif berbeza menggunakan pantun dan kiasan kisah benar berdasarkan senario COVID-19 yang berlaku di Johor dalam usaha menarik perhatian ramai serta memberi kesedaran kepada masyarakat.

Advertisement

Salah satu infografik yang dikeluarkan JKNJ telah menggunakan kisah benar bagaimana seorang anak yang mendapat permit rentas negeri dari zon merah, telah pergi ke zon hijau dan mengunjungi ibu bapanya.

Disebabkan itu, tujuh ahli keluarga termasuk bapanya dijangkiti COVID-19 manakala 320 individu yang lain terpaksa melaksanakan kuarantin kendiri.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata pantun empat kerat itu merupakan antara mesej berbentuk Iebih peribadi’ JKNJ bertujuan mendekati masyarakat.

Advertisement

Jelasnya meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan, peningkatan kes mendadak di Johor sedikit sebanyak memperlihatkan terdapat ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat.

Dr Shaharom Nor Azian berkata perkara itu mungkin terjadi kerana orang ramai mulai hilang minat dengan mesej berulang yang disampaikan secara harian.

“Jadi Bahagian Kesihatan Awam JKNJ cuba menarik perhatian orang ramai untuk melihat semula mesej atau makiumat mengenai COVID-19 menerusi pantun atau kiasan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisement

Turut dipaparkan kisah benar bagaimana aktiviti di sebuah rumah ibadat melibatkan ahli jawatankuasanya yang bergejala telah mencetuskan kluster sehingga 22 hadirin disahkan positif manakala 146 yang lain terpaksa menjalani kuarantin.

Selain itu, infografik yang dikeluarkan termasuk tips menjaga hubungan kekeluargaan bagi anak-anak di perantauan, tips melaksanakan kewaijpan beragama serta pengajaran yang dipelajari daripada kewujudan kluster-kluster COVID-19.

Sehingga 16 Mei, Johor merekodkan 70 kluster aktif COVID-19 melibatkan 22 kluster industri, 25 kluster komuniti, 16 kluster institusi, dua kluster pasar raya dan lima kluster tahanan.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top