BM | EN | 中文

JKN Johor perkenal sistem VCAC dalam pengurusan Covid-19

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaksanakan sistem digitalisasi Pusat Penilaian COVID-19 Secara Maya (VCAC) bagi memudah cara pengurusan pesakit positif COVID-19 dan pencarian kontak di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata sistem itu sekaligus dapat mengurangkan keberadaan individu di 111 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang beroperasi di seluruh negeri ini.

Beliau berkata kira-kira 15,000 orang sudah menggunakan sistem berkenaan melalui pautan https://tinyurl.com/vcacjohor sejak 15 Mei lepas.

Advertisement

“Sesiapa yang disahkan positif sama ada saringan kendiri atau di klinik dan belum dirawat, perlu mengakses pautan tersebut. Melalui sistem ini, anda akan dihubungi oleh petugas kesihatan dalam tempoh 48 jam.

“Anda diminta untuk tidak hadir terus ke CAC tanpa sebarang janji temu. Sekiranya semasa dalam tempoh menunggu, gejala anda semakin teruk, sila hubungi 999 bagi bantuan segera,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai isu kesesakan di CAC Pasir Gudang kebelakangan ini, Vidyananthan berkata JKNJ mengambil makium perkara itu dan menjelaskan punca utama kesesakan adalah disebabkan akumulasi kontak rapat yang hadir ke CAC tanpa janji temu.

Advertisement

“Semua pesakit yang datang ke CAC sepatutnya perlu melalui janji temu namun pihak CAC akan menerima pesakit bersimptomatik dan teruk apabila mereka secara jumpa terus atau ‘walk-in’ ke CAC,” katanya.

Beliau berkata purata kes positif harian yang hadir ke CAC adalah sekitar 800 hingga 1,000 orang sehari, manakala purata kontak rapat yang hadir adalah 1,000 hingga 1,200 orang sehari, dengan jumlah harian sebanyak 3,000 orang sehari.

Sementara itu, Vidyananthan berkata terdapat klinik swasta turut menawarkan perkhidmatan sebagai Klinik CAC termasuk pesakit boleh mendapatkan penilaian status kesihatan selain pemasangan dan pemotongan gelang.

Advertisement

Beliau berkata senarai Klinik CAC swasta tersebut boleh disemak melalui pautan http://tinyurl.com/cacswasta.

Johor mencatatkan 1,309 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini berjumlah 113,664 dan merekodkan 1,419 kematian.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top