BM | EN | 中文

JKN Johor laksana advokasi, pencegahan Covid-19 di pusat penempatan bencana banjir

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah mengambil langkah advokasi kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan membuat tindakan bagi menerapkan norma-norma baru kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata ia sebagai pencegahan penyebaran penyakit Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bencana banjir dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kluster jangkitan.

Antaranya dengan mengukuhkan penjarakan sosial dengan memastikan semua mangsa mengekalkan jarak fizikal melebihi satu meter semasa pemindahan.

Advertisement

“Saya berharap orang ramai agar cuba mengamalkan gaya hidup dengan norma baharu serta cuba elakkan diri daripada ke tempat yang ramai, tempat tertutup dan perhubungan jarak dekat.

“Selain itu, orang ramai diminta agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa berhati-hati bila berada di dalam situasi banjir terutama semasa waktu perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu antara langkah diambil dengan mengutamakan penggunaan bilik kelas sekolah sebagai PPS berbanding dewan dan mengasingkan setiap keluarga di kelas sekolah yang berbeza.

Advertisement

Kata Vidyananthan pihaknya juga akan memastikan terdapat tempat mencuci tangan serta sabun dan hand-sanitizer disediakan di PPS dan pemeriksaan suhu dan saringan gejala Covid-19 kepada mangsa banjir semasa pendaftaran masuk ke PPS dan secara harian.

Mangsa yang bergejala juga akan dipastikan memakai pelitup muka dan larangan sebarang bentuk perhimpunan di PPS selain aktiviti pendidikan kesihatan berkenaan pencegahan penyakit Covid-19 secara berkala di PPS.

Manakala tindakan melakukan disinfeksi di fasiliti yang dijadikan PPS juga akan dilakukan selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top