BM | EN | 中文

JKN Johor akan memastikan bekalan insulin penfill tidak terjejas

khuzzan-mugshot-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memaklumkan pihaknya akan berusaha memastikan bekalan insulin kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tidak terputus.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, syarikat pengeluar insulin penfill, Biocon Sdn Bhd yang beroperasi di negeri ini mengalami sedikit masalah pengeluaran.

Katanya, sehingga 5 Disember 2019, jumlah kuantiti insulin penfill tertunggak adalah sebanyak 57,695 kotak bernilai RM1.8 juta.

Advertisement

“Masalah pengeluaran yang berlaku menyebabkan bekalan insulin ke semua hospital kerajaan di Johor termasuk Hospital Segamat dan hospital kerajaan di seluruh negara terjejas.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah maklum perkara tersebut kerana pembelian insulin penfill ini di bawah kontrak pusat dan diselia sepenuhnya oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas terhadap aduan seorang pengguna laman sosial Facebook dengan nama Asking Baskaran berkenaan insulin penfill yang tular baru-baru ini.

Advertisement

Tambah Mohd Khuzzan, bagi mengelakkan bekalan terputus, hospital di negeri ini mengambil inisiatif dengan membuat pinjaman dari hospital lain dan telah membuat pembelian Insulin dalam bentuk Vial, bagi menampung kegunaan pesakit.

“Ini adalah inisiatif jangka pendek sementara menunggu bekalan bagi pesanan tertunggak daripada pembekal kontraktor CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd dan Biocon Sdn Bhd.

“Pihak pembekal telah memberi jaminan bahawa kesemua pesanan tertunggak akan dapat dibekalkan sepenuhnya menjelang Februari tahun ini,” katanya.

Advertisement

Pesakit boleh berhubung terus dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor di talian 07-2355120 untuk maklumat lanjut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top