BM | EN | 中文

JKM USAHA NAIKTARAF KELULUSAN PENYELIA DAN PETUGAS PDK

gmbr-fail-cai-tung-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Seramai 156 orang penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) negeri Johor telah berjaya memperoleh pengiktirafan sehingga Oktober lalu dan 60 orang calon lagi bakal diiktiraf pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha untuk menaiktaraf pendidikan dan kelulusan penyelia dan petugas PDK di seluruh Malaysia termasuk di negeri Johor.

Katanya, ini termasuklah melalui pemberian persijilan dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap tiga dalam bidang berkaitan iaitu pengurusan PDK dan penjagaan orang kurang upaya (OKU) di institusi secara berperingkat.

Advertisement

“Persijilan ini memberi pengikhtirafan kepada kemahiran dan pengetahuan yang dipunyai melalui penilaian pencapaian terdahulu (PPT).

“Pihak jabatan tidak menetapkan kelayakan khusus untuk lantikan petugas selain Sijil Pelajaran Malaysia tetapi kelayakan khas lantikan penyelia ialah mesti berkhidmat lebih dari lima tahun sebagai petugas,” katanya.

Cai Tung (PH-Johor Jaya) berkata demikian ketika menjawab soalan Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang) berkenaan perancangan kerajaan untuk menaiktaraf kelulusan petugas-petugas PDK ke peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Advertisement

Cai Tung berkata selepas proses lantikan penyelia dan petugas PDK, mereka akan mengikuti Kursus Asas Petugas PDK dimana modul yang digunakan adalah fokus kepada proses pembelajaran dan pemulihan di PDK.

“Petugas wajib mengikuti kursus yang ditetapkan dalam Buku Garis Panduan Pengurusan PDK selain diberi pelbagai latihan, kursus dan bengkel berkaitan pengurusan dan kemahiran pelatih di PDK dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambahnya, dalam Garis Panduan Pengurusan PDK, lantikan penyelia dan petugas dijalankan melalui pemilihan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Jawatankuasa PDK dan pegawai JKM.

Advertisement

PDK merupakan satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU dimana program PDK ini dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

Program ini diselia oleh seorang penyelia dan dibantu oleh petugas-petugas untuk memberi perkhidmatan melalui sokongan pembelajaran dan pemulihan secara individual kepada pelatih-pelatih PDK.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top