BM | EN | 中文

JKM SENTIASA BERSEDIA BERDEPAN BENCANA HUJUNG TAHUN

liow-cai-tung-lawat-mangsa-banjir.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 11 DIS : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang bencana yang berlaku di negeri ini meskipun pada hujung tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, walaupun kini sudah berada di penghujung tahun dan akaun telah hampir tutup, namun JKM sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“JKM sentiasa bersedia dan ada stok jika berlaku bencana. Setakat ini seramai 28 kakitangan pegawai JKM ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir terlibat. JKM juga turut dibantu agensi jabatan lain dan juga sukarelawan.

Advertisement

“Setakat ini bantuan dari JKM kita menyediakan PPS. Manakala pejabat Adun Johor Lama dan pejabat menteri besar ada sediakan sukarelawan untuk bersihkan rumah mangsa.

“Tambahan pula saya dapati ada diantara mangsa di sini yang tidak ada anggota keluarga yang dapat bantu mereka melakukan pembersihan,”katanya.

Beliau yang juga Adun Johor Jaya bekata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan di PPS Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi, semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, Cai Tung berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberikan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana itu.

Wang berkenaan akan diberikan melalui senarai nama diperoleh dari pejabat daerah yang didaftarkan di PPS dibuka.

“Ada proses-proses yang perlu diikuti mangsa untuk bantuan itu sebab itu ada PPS dibuka sekiranya mereka datang sini mereka perlu daftar dengan JKM dan bantuan akan diberikan mengikut senarai tersebut,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top