BM | EN | 中文

JKKP KELUAR NOTIS LARANGAN SUSULAN PEKERJA MYANMAR MAUT TERSEPIT DI KILANG

logo-3.jpg
Advertisement

SENAI, 20 OKT : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan notis larangan ekoran kemalangan membabitkan pekerja warganegara Myanmar yang maut akibat tersepit didalam mesin pengadun di sebuah kilang di sini, Jumaat lalu.

Timbalan pengarahnya, Ir Ahmad Jailani Mansor berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada jam 11.45 malam ketika mangsa mengambil sampel di kawasan bawah tangki.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, JKKP Johor telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut.

Advertisement

“JKKP Johor telah mengeluarkan satu notis larangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Jailani berkata, JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.

Advertisement

Katanya, majikan adalah pihak yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

“Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum membenarkan pekerja menjalankan aktiviti kerja.

“Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan,”katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top