BM | EN | 中文

JKKP Johor sedia platform, pastikan laporan harian dari majikan

pekerja_expat.com_.png

Gambar HIasan. Ehsan expat.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 MEI: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menyediakan platform bagi memastikan majikan mematuhi prosedur pembukaan semula sektor ekonomi dan melaksanakan kewajipan mengikut kehendak Seksyen 15 AKKP 1994.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, platform pelaporan atas talian yang dinamakan Laporan Harian Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) V2.0.

Kata Vidyananthan adalah tanggungjawab setiap majikan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya selaras pendekatan ‘self enforcement’ oleh pihak industri dan JKKP akan membuat verifikasi dari semasa ke semasa.

Advertisement

“Pada 5 Mei 2020 sahaja, terdapat sebanyak 3,124 (24%) laporan telah diterima daripada majikan yang beroperasi di Johor daripada keseluruhan pelaporan harian yang diterima oleh JKKP Malaysia iaitu 13,197.

“Selain itu, JKKP Johor juga telah dilantik untuk menganggotai task force bagi memantau penguatkuasaan bagi SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi sepanjang tempoh PKPB,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, JKKP yang merupakan salah satu daripada 14 agensi telah diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

Semua SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN telah diwartakan sebagai arahan Ketua Pengarah Kesihatan pada 6 Mei dan sekiranya tidak dipatuhi boleh diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) 2020.

Pada masa yang sama kata Vidyananthan, JKKP boleh mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal melaksanakan SOP ini berdasarkan kehendak Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan.

“Jika majikan didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen ini, mereka boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” tambah Vidyananthan.

Advertisement

JKKP Johor boleh dihubungi melalui nombor telefon 07-2214121 atau 019-2307559 atau melalui email di alamat jkkpjh@mohr.gov.my.

Para pekerja, majikan serta orang awam juga boleh mendapatkan maklumat di laman Web www.dosh.gov.my atau di pautan facebook JKKP Malaysia www.facebook.com/doshmalaysia.

Manakala khas untuk rakyat Negeri Johor, JKKP Johor juga mempunyai laman facebook sendiri iaitu di https://www.facebook.com/doshjdt/ serta saluran Rasmi Telegram JKKP Johor di alamat t.me/ProDoshJohor2020.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top