BM | EN | 中文

JKKP Johor keluar 117 kompaun terhadap kontraktor pembinaan atas pelbagai kesalahan

mohd-Jais-01-scaled.jpg

Mohamad Jais (kiri) ketika hadir Program 8 Juta Bekerja Jam Bekerja Tanpa Kemalangan Syarikat Kimlun Sdn Bhd di Iskandar Puteri, hari ini

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 31 DIS : Sebanyak 117 kompaun telah dikeluarkan terhadap kontraktor-kontraktor pembinaan atas pelbagai kesalahan dalam tiga operasi dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor sepanjang tahun 2019.

Pengarah JKKP Johor, Mohamad Jais Suratman berkata, sebanyak 147 tapak bina dari seluruh negeri Johor terlibat dalam operasi berkenaan.

“Operasi pertama melibatkan pemeriksaan di 63 buah tapak bina, operasi kedua 52 tapak bina, manakala operasi ketiga 32 tapak bina.

Advertisement

“Dari ketiga-tiga operasi itu kita telah keluarkan sebanyak 156 notis pembaikan dan 337 notis larangan.

“Manakala, sebanyak sembilan pendakwaan telah dibuat dan denda sebanyak RM451,000 telah dikenakan oleh mahkamah,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Program 8 Juta Bekerja Jam Bekerja Tanpa Kemalangan Syarikat Kimlun Sdn Bhd di Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Advertisement

Tambahnya, hasil operasi itu kebanyakan tapak bina terlibat telah mempertingkatkan kualiti pelaksanaan dan pengamalan di tempat kerja masing-masing.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top