BM | EN | 中文

JKJAV diminta pertimbang cadangan ‘vaksin dulu, daftar kemudian’ – Adun Jementah

Tan-Chen-Choon-Pejabat-Kesihatan-Daerah-Segamat.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 23 JUN: Menteri Penyelaras Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin dicadangkan untuk mempertimbangkan cadangan iaitu ‘vaksin dulu, daftar kemudian’.

Adun Jenentah, Tan Chen Choon berkata, cadangan itu merujuk proses vaksinasi kepada warga emas yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Sebagai Menteri Penyelaras JKJAV), Khairy Jamaluddin wajib segera mencari punca sebab dan menyelesaikan masalah-masalah seperti yang timbul dalam MySejahtera,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Katanya, baru-baru ini, pejabat beliau melalui laman web (https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/) telah membantu warga emas yang sudah berdaftar untuk vaksinasi Covid-19 untuk menyemak butiran temujanji vaksinasi mereka.

“Peliknya, didapati sesetengah nama mereka hilang secara tiba-tiba atau nombor telefon tidak ada dalam sistem secara tiba-tiba walaupun semakan sebelum ini ialah “Sedang Diproses”,” ujar Tan.

Kata Tan, beliau sebelum itu telah mengemukakan senarai 55 nama warga emas yang belum menerima temujanji vaksinasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat walaupun mereka sudah berdaftar lama.

Advertisement

“Dalam senarai nama tersebut, tiga orang berumur 80 tahun ke atas, 11 orang berumur 70 – 79 tahun dan bakinya ialah umur antara 60 – 69 tahun,” katanya.

Tambah beliau semenjak 26 Mei, pejabatnya telah melancarkan Kempen Vaksinasi Lindungi Warga Emas Jementah berbertujuan membantu warga emas berusia 60 tahun keatas memeriksa butiran temujanji vaksinasi dan mengingatkan jadual temujanji yang telah dijadualkan.

“Melalui kempen tersebut, saya juga mendapati bahawa ada di kalangan warga emas juga belum menerima janji temu walaupun telah berdaftar hampir beberapa bulan dulu.

Advertisement

“Sehingga kini, kempen ini telah disertai oleh 215 orang warga emas di Daerah Segamat, manakala 160 orang daripada tersebut telah menerima janji temu vaksinasi,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati warga emas yang belum menerima janji temu agar mengisi maklumat mereka di Google Form (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1EF3d291_tenXjTA4dYNMdqVLgGLKWnGhLCbRFdsqESw2mQ/viewform)

“Saya menyeru warga Segamat memeriksa butiran temujanji mereka melalui MySejahtera, laman web dan sms dalam telefon bimbit dengan kerap bagi mengelakkan temu janji vaksinasi mereka terlepas,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top