BM | EN | 中文

JKDM – Pembatalan notis tuntutan dan penalti ke atas Carlsberg tidak benar

PhotoGrid_1582005455907.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 FEB : Laporan berhubung pembatalan notis tuntutan cukai jualan dan penalti ke atas syarikat Carlsberg Malaysia yang dilaporkan sebuah portal kelmarin adalah tidak benar.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat kenyataan itu merujuk kepada laporan bertajuk ‘Lim Guan Eng DAP arah Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM20.65 juta kepada Carlsberg’.

“Sehubungan itu, JKDM ingin menegaskan bahawa tindakan untuk membatalkan Notis Tuntuan ( Bill Of Demand) dan penalti keatas Carlsberg Malaysia atas sebab-sebab perundangan yang mana syarikat ini telah membawa isu tersebut ke Mahkamah Tinggi dan keputusan telah menyebelahi syarikat tersebut.

Advertisement

“Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamat Tinggi. Oleh itu, laporan yang didakwa portal berita berkenaan adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, portal berita berkenaan melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengarahkan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan itu membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti kepada Carlsberg Malaysia.

Portal berita itu turut menyatakan Carlsberg dilaporkan dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia melaporkan menerima surat daripada pengarah Jabatan Kastam Selangor berhubung perkara itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top