BM | EN | 中文

JKDM patahkan dua cubaan menyeludup rokok bernilai RM192,413

johohari.jpg

Johari Alifiah (tengah) menunjukkan antara rokok yang dirampas pihaknya dalam dua serbuan berasingan, baru-baru ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 JAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Penguatkuasaan Sungai Pulai berjaya mematahkan dua kes penyeludupan rokok putih dan rokok kretek dengan nilai keseluruhan RM192,413.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Johari Alifiah berkata, serbuan tersebut dijalankan masing-masing pada 16 dan 24 Januari lalu.

“Pada jam 12.30 tengah hari 16 Januari lalu, pasukan penguatkuasaan menemui sebuah bot pancung yang tersadai di Perairan Api-Api, Pontian.

Advertisement

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 124,000 batang rokok bernilai RM44,928 dengan nilai cukai dianggarkan RM86,860, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Penguatkuasaan JDT Cawangan Sungai Pulai, di sini hari ini.

Tambah beliau, sementara itu, serbuan kedua yang dibuat pada pukul 10.30 malam 24 Januari lalu pula menyaksikan sebanyak 58,800 batang rokok bernilai RM14,568 dirampas, manakala nilai cukai dianggarkan RM46,056.

Advertisement

“Serbuan tersebut turut menyaksikan empat orang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 38 tahun dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan,” katanya.

Johari turut menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barangan seperti dadah, minuman keras, rokok, mercun dan sebagainya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top