BM | EN | 中文

“JIWANYA UNTUK RAKYAT,” – RAKAN KARMAINE

IMG-20191106-WA0030.jpg

 

JOHOR BAHRU, 6 NOV: “Jiwa dia memang untuk rakyat, kejujurannya, memang ini lah yang orang nak,” kata Abdul Wahab Abdullah, seorang rakan kepada calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini.

Abdul Wahab yang tinggal di Kampung Bakar Batu, di sini berkata, dia dan Karmaine sudah mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun yang lalu.

“Saya memang kenal dia, dia memang orang yang paling tepat, kerana dia seorang yang jujur selain jiwanya yang untuk rakyat.

“Kita harus bersyukur kerana dengan kejujuran dia, jika ada perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, dia akan fikir (tentang yang mana) halal dan (yang mana) haram,” katanya kepada JohorKini.

Abdul Wahab berkata, penduduk di Kampung Bakar Batu, di sini turut mengenali Karmaine selain menghargai jasanya terhadap penduduk setempat.

Abdul Wahab

Mengulas mengenai kritikan yang sering dilemparkan terhadap Karmaine, Abdul Wahab sempat meluahkan rasa simpati ke atas rakannya itu.

“Saya sebak bila ramai yang ‘condemn’ (mengutuk) dan pertikaikan beliau sebagai imam, kerana pada saya dia memang orang yang tepat,” katanya lagi.

Sementara itu seorang penduduk di Kampung Serkat, Mohd Din Md Amin, 56, turut memuji sikap Karmaine yang lemah lembut selain senang didekati penduduk setempat.

“Saya agak rapat dengan dia kerana sebelum ini memang selalu berjumpa dengan dia.

“Karmaine memang orang yang sangat berpengalaman di dalam dunia politik dan rasanya memang tiada masalah kalau dia nak menjalankan kerja-kerja (sebagai wakil rakyat),” katanya.

Selain menjadi Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine turut menggalas tanggungjawab besar menjadi imam di Masjid Al-Muttaqin di Taman Sutera, di sini.

Beliau akan berhadapan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang akan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Turut menyertai PRK kali ini adalah wakil Gerakan, Wendy Subramiam, Presiden Berjasa Badhrulhisham Abdul Aziz, selain dua calon bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar dan Ang Chuan Lock.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top