BM | EN | 中文

Jingga 13 Johor serah sumbangan 84 keluarga mangsa banjir

IMG-20191222-WA0001.jpg

Koordinator Jingga 13, Jaafar Matek menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Seramai 84 buah keluarga dari Kampung Contoh, Kahang, Kluang menerima sumbangan setelah menjadi mangsa banjir yang disifatkan terbesar selepas banjir 2007.

Sumbangan kepada mangsa banjir ini merupakan inisiatif Jingga 13, badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri dari kumpulan anak muda ‘cool’ dan aktif.

Menurut Koordinator Jingga 13 Kluang, Jaafar Matek, banjir terburuk selepas banjir besar 2007 di Johor yang mendorong Jingga 13 ke Kluang bersama membantu ringankan beban mangsa.

Jingga 13 bersama penerima sumbangan dari Kampung Contoh, Kahang

“Sumbangan yang diberikan berupa beras susu tepung dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak.

“Kesempatan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas maklumat mangsa banjir,” kata Jaafar kepada Johorkini.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik dari Ketua Kampung Contoh dan para pemberi sumbangan.

“Walaupun keadaan banjir semakin pulih, jumlah mangsa menurun serta penutupan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), namun banyak kemusnahan dan kerosakan terpaksa ditanggung mangsa,” kata Jaafar lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top