BM | EN | 中文

JINGGA 13 JOHOR GOTONG ROYONG BERSIH RUMAH MANGSA BANJIR

selepas-banjir-2.jpg

Sukarelawan Jingga 13 Rescue Team Johor (J13RT) bergotong-royong membersihkan rumah mangsa banjir di Kg Kelantan dan Kg Temenin, Kota Tinggi

Advertisement

KOTA TINGGI, 18 DIS: Banjir di Johor semakin surut, namun memberi kesukaran kepada para mangsa apabila terpaksa berdepan dengan keadaan rumah yang berlumpur, selain mengalami kerosakan barangan dan perabot.

Bagi meringankan beban berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 Rescue Team Johor (J13RT) turun ke lapangan bergotong-royong membantu membersihkan sebahagian rumah mangsa banjir di Kampung Kelantan dan Kampung Temenin di Kota Tinggi.

Penyelaras J13RT Johor, Zabidie Abas berkata, beliau dan anggota NGO meluangkan masa serta menyumbangkan tenaga membersihkan beberapa kediaman di kawasan tersebut.

Advertisement

“Sukarelawan J13RT Johor merasa sangat simpati dan turut berdukacita atas musibah banjir yang melanda.

“Barang-barang rumah musnah akibat banjir. Perabot, barangan elektrik, tilam, pakaian dan sebagainya musnah. Apalagi mereka akan berdepan dengan persekolahan yang akan bermula tak lama lagi. Sungguh berat ujian yang mereka alami.

Sukarelawan Jingga 13 Rescue Team Johor (J13RT) bergotong-royong membersihkan rumah mangsa banjir di Kg Kelantan dan Kg Temenin, Kota Tinggi

“Apa yang mampu kami lakukan ialah dengan turun menyumbangkan tenaga dan pertolongan membersihkan kediaman termasuk longkang-longkang yang tersumbat,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, pihaknya turut membantu membuang barangan dan perabot yang rosak menggunakan pacuan empat roda (4WD) termasuk di sebuah rumah yang didiami seorang ibu tunggal.

“Rumah beliau dinaiki air setinggi empat kaki dan dipenuhi lumpur. Banyak perabot dan barang elektrik telah musnah.

“Walaupun sedih, beliau tetap seronok bila J13RT Johor hadir dan berikan bantuan. Kami cuci bersih rumah beliau.

Advertisement

“Kami siapkan sehingga ke malam. Yang penting bantuan kami boleh meringankan kerja seterusnya. Inilah yang mampu kami hulurkan,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap pihak kerajaan dan swasta turut tampil membantu menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada mangsa-mangsa banjir untuk mereka membina semula kehidupan.

“Kami menyaksikan sendiri kerosakan dan kemusnahan harta benda termasuk perabot dan barang-barang elektrik.

Advertisement

“Diharapkan ada yang sudi, sama ada pihak kerajaan dan badan-badan swasta membantu mereka yang ditimpa musibah ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top