BM | EN | 中文

JIMMY YAKIN PROJEK RTS DITERUSKAN

Jimmy-1.jpg
Advertisement

KULAI, 29 SEPT : Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri negeri, Jimmy Puah Wee Tse yakin projek Sistem Rapid Transit (RTS) akan diteruskan.

Menurutnya, beliau percaya penangguhan projek itu selama sebulan hanya untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan teknikal.

“Saya tetap yakin projek RTS akan tetap diteruskan. Kita mengambil positif sahaja tetap penangguhannya selama sebulan lagi.

Advertisement

“Ini kerana, saya percaya ia hanya untuk menyelesaikan isu teknikal,” katanya ketika ditanya tentang penangguhan projek itu selama sebulan.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Bantuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam 2019 di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Batu, di sini, hari ini.

Beliau berpendapat RTS amat diperlukan di negeri ini dan berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkannya.

Advertisement

“Kita masih ambil pandangan RTS amat-amat diperlukan di Johor dan berharap kerajaan persekutuan boleh faham dengan sentimen ini dan bekerjasama dengan kita,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah memaklumkan pihaknya berharap projek itu dapat diteruskan kerana dapat memberi manfaat kepada rakyat Johor khususnya yang bekerja di Singapura.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top