BM | EN | 中文

JIMMY NAFI DAKWAAN SALAH GUNA WANG

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse menyangkal dakwaan berkenaan penyalahgunaan wang berjumlah RM1.39 juta seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, beliau menjelaskan bahawa wang peruntukan tersebut adalah ditakrif sebagai modal awal yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri melalui program misi pelaburan untuk membawa pelabur ke negeri Johor.

“Peruntukan RM1.39 juta yang kononnya disamun tidaklah hilang atau digunakan secara peribadi. Sebaliknya peruntukan tersebut digunakan bagi 16 misi perdagangan ke beberapa negara.

Advertisement

“Bermakna satu negara secara purata, delegasi misi pelaburan cuma belanjakan sebanyak RM86,875 sahaja dan ianya jumlah yang sangat munasabah,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merekodkan Johor telah menerima pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM24 bilion pada tahun 2018.

“Secara logik sangat berbaloi bermodalkan RM1.39 juta, manakala pulangan pula RM24 bilion,” katanya lagi.

Advertisement

Menurut kenyataan itu lagi, misi pelaburan tersebut turut disertai pegawai-pegawai kerajaan termasuklah Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN).

“Bermakna, wang tersebut bukan dibelanjakan secara perseorangan sebaliknya secara berkumpulan atau delegasi,” katanya lagi.

Terdahulu, satu kenyataan di akaun Facebook ‘Ops Johor’ telah mendakwa Jimmy menyalahgunakan wang tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top