BM | EN | 中文

Jika toleransi Bersatu dan PN tak dihargai, Umno wajar ditentang di semua DUN dan parlimen Johor

Umno-Bersatu.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT: Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memberikan toleransi serta melakukan pengorbanan besar sehingga sanggup memberikan jawatan Menteri Besar di Johor dan Perak termasuk jawatan Perdana Menteri kepada UMNO.

Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (Gambar Ehsan The Star)

Namun katanya sekiranya semua toleransi dan semangat setiakawan tersebut tidak dihargai, maka Bersatu dan PN wajar menentang UMNO di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen terutama di Johor.

“Pada PRU15, Bersatu akan bersama-sama parti yang mahu bersama-sama kita sahaja, kalau UMNO tidak mahu, apakah daya.

Advertisement

“Kita harapkan gabungan Bersatu, Pas, MIC dan Gerakan dalam PN. Sebelum ini semua sudah kita lakukan atas semangat PN, apa lagi UMNO mahu?

“Kalau UMNO memilih untuk tidak bersama-sama PN, kemungkinan besar undi Melayu akan berpecah. Jadi terpulang kepada UMNO. Masalah tidak mahu bergabung dengan Bersatu dan PN ini kita lihat atas pengaruh ‘kluster mahkamah’ yang semakin terdesak.

“Saya lihat Perdana Menteri tiada masalah untuk bekerjasama tetapi kluster mahkamah ini yang buat hal atas kepentingan diri,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jualan Amal di Permas Jaya di sini semalam.

Katanya lagi, Berdatu tidak terhegeh-hegeh sekiranya UMNO tidak mahu bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan memilih jalan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Jumaat lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu masih belum jelas dengan hala tuju UMNO sama ada akan terus bersama-sama dalam PRU15 atau parti itu mempunyai pilihan lain.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top