BM | EN | 中文

Jika semua MP dapat suntikan vaksin, tiada alasan Parlimen ditutup

Chan-Foong-Hin-Sabah.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Tiada lagi alasan menghalang sidang Parlimen jika semua wakil rakyat diberikan suntikan vaksin Covid-19, kata ahli parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.

Ini kerana Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah pun mengumumkan 200,000 vaksin akan diperuntukkan untuk barisan hadapan bukan perubatan termasuk ahli politik bermula Februari hingga April.

“Rakyat marah kerana 222 ahli Parlimen masih mendapat gaji penuh meskipun tidak perlu menghadiri sesi Parlimen.

Advertisement

“Menangguhkan sidang Parlimen tidak akan memberi kebaikan kepada negara.

“Oleh kerana semua ahli Parlimen diberikan suntikan vaksin dan menjadi imun terhadap Covid-19, maka tidak ada lagi alasan untuk menutup Parlimen.

“Untuk mengatasi sebarang kebimbangan, semua pegawai Parlimen dan pembantu wakil rakyat yang menghadiri Parlimen juga harus diberi vaksin,” kata Foong Hin dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Setiausaha DAP Sabah itu dilaporkan Roketkini berkata, pengistiharan darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang.

Perkara150(5) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa semasa perisytiharaan darurat berkuasa, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu amat dikehendaki untuk memulihkan keselamatan dan keamanan.

“Pengisytiharan darurat tidak seharusnya meletakkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang dalam kedudukan bahaya, oleh itu persidangan Parlimen mesti diteruskan walaupun semasa darurat.

Advertisement

“Terdapat banyak agenda yang tertangguh, seperti pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) dan mungkin juga pembentangan belanjawan tambahan untuk tahun 2021 bagi menangani kenaikan kes Covid-19,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top