BM | EN | 中文

Jika peperiksaan diteruskan, Adun Pekan Nanas cadang vaksin calon SPM

Yeo-Tung-Siong.jpg
Advertisement

PONTIAN, 8 FEB: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong mencadangkan supaya calon-calon SPM menerima vaksin terlebih dahulu sekiranya peperiksaan tetap diadakan bagi mengelak kemunculan rantaian kluster di negara ini selepas musim peperiksaan itu.

Katanya, walaupun kes COVID-19 kurang 4,000 buat dua hari berturut-turut kebelakangan ini, dibimbangi dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak membuat saringan terhadap kontak rapat tanpa gejala menjejaskan keberkesanan menjejaki pembawa virus.

Katanya, jumlah kes harian diumumkan KKM setiap hari sudah tidak dapat menggambarkan situasi sebenar wabak COVID-19 di Malaysia dan keputusan yang kurang proaktif akan menyebabkan banyak kes positif tidak dapat dikenal pasti dan terus tersembunyi dalam kalangan komuniti.

Advertisement

“Oleh itu, saya bimbang Malaysia akan hilang kawalan wabak selepas kluster baru muncul di seluruh negara akibat peperiksaan SPM pada bulan Februari.

“Jika hal ini berlaku, maka KKM akan mendepani kes-kes yang sudah terlampau tinggi.

‘Adalah terpulang kepada calon-calon sama ada hendak kembali ke sekolah atau tidak untuk sesi PdPR.

Advertisement

“Namun, tidak kira berapa serius situasi COVID-19, mereka terpaksa kembali ke sekolah juga untuk mengambil peperiksaan SPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau turut menggesa KPM untuk mengkaji risiko yang dihadapi jika peperiksaan terus dijalankan dan seterusnya menangguhkan peperiksaan SPM.

“Jika KPM enggan membuat demikian dan mengakibatkan banyak pelajar dijangkiti, maka Menteri Pendidikan harus meletak jawatan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top