BM | EN | 中文

Jika mahu vaksinasi dipercepat, APHM perlu bantu KKM – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 5 MAC: Sekiranya Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mahu rancangan vaksinasi Covid -19 dipercepat, persatuan itu perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melaksana program vaksinasi tahap pertama dan tahap kedua untuk golongan berisiko tinggi.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, persatuan itu perlu menyumbang kepada program saringan Covid-19 untuk golongan berisiko tinggi ini.

“Persatuan ini seharusnya turut serta untuk turun padang, dan bukannya goyang kaki melihat program vaksinasi dilaksanakan pihak berwajib, terutamanya ketika negara sedang berhadapan situasi berisiko.

Advertisement

“Sedangkan mereka hanya berminat untuk memenuhi kehendak diri mereka sendiri sahaja,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Ujarnya, sekiranya APHM masih mahu mempraktikkan perkhidmatan pelanggan mereka untuk program vaksinasi fasa ketiga, mereka seharusnya menjadikan klinik mereka sebagai tapak vaksinasi untuk pihak berwajib melaksana program pemberian vaksinasi kepada golongan yang berisiko tinggi dalam fasa pertama dan fasa kedua.

Kata Chong Sin, desakan APHM dilihat keterlaluan apabila meminta kerajaan meluluskan pembelian vaksin Covid-1919 yang diuruskan oleh pihak hospital swasta.

Advertisement

Beliau mengandaikan ia bagi membolehkan hospital swasta menjalankan program vaksinasi persendirian untuk pelanggan daripada golongan korporat dan hartawan selain ruang untuk memilih jenis vaksin yang mereka inginkan.

Tambah beliau hasrat persatuan itu dengan hujah “rancangan vaksinasi dipercepat” hanya alasan untuk membantu pelanggan daripada golongan korporat, hartawan dan istimewa untuk “memotong barisan” yang mengganggu program pemberian vaksin negara pada waktu ini.

Langkah itu kata Chong Sin lagi boleh dianggap penghinaan terang-terangan dan layak ditegur sekeras-kerasnya.

Advertisement

Mereka juga secara tidak langsung telah merosakkan prinsip asas kesaksamaan yang telah dipupuk oleh masyarakat di Malaysia.

“Tindakan seperti ini juga boleh menyebabkan terjadinya jurang sosial antara golongan kaya dan golongan daif, sekaligus mencemarkan perpaduan nasional di Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top