BM | EN | 中文

Jika kerajaan prihatin, peruntukan setiap parlimen perlu sama rata

Sharon-Teo-Siew-Hui.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu bertindak lebih adil dalam pengagihan peruntukan kepada setiap parlimen di negara ini.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Sharon Teoh berkata, dakwaan keprihatinan kerajaan hanya tinggal slogan jika perkara itu tidak dipraktikkan.

“Peruntukan kepada ahli parlimen bertujuan untuk diagihkan kepada rakyat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang dikecilkan, tidak seperti ahli parlimen kerajaan.

Advertisement

“Mereka perlu tahu sekarang ini adalah masa yang mendesak bagi keperluan rakyat dan peruntukan perlu disampaikan.

“Kita kesal dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan PN hari ini yang jelas membelakangkan rakyat di kawasan parlimen yang bukan ditadbir mereka,” tegasnya.

Sharon yang juga pegawai khas ahli parlimen Pulai meminta rakyat menilai sendiri keikhlasan kerajaan dalam menangani masalah mereka.

Advertisement

Sebelum ini ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata beliau tidak menerima peruntukan berbanding ahli parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mendapat RM100,000 selain ahli parlimen kerajaan yang lain didakwa mendapat lebih daripada itu.

Kata Sharon, perkara yang dialami Hannah turut dirasai ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang diketepikan dalam isu agihan peruntukan di kawawan parlimennya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top