BM | EN | 中文

“Jika kerajaan Johor anggap rakan strategik, libatkan PH secara rasmi”

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 11 OGOS: Sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor menganggap Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan strategik, gabungan itu perlu dilibatkan secara rasmi dalam usaha dan tindakan menangani pandemik Covid-19 di negeri ini.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan menteri besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum ini bahawa pemimpin PH sebagai rakan strategik dalam memajukan dan memakmurkan negeri ini perlu direalisasikan.

“Sebelum ini kerajaan pernah menyebut mengiktiraf PH sebagai rakan strategik dalam usaha membendung wabak Covid 19 yang melanda negeri ini.

Advertisement

“Justeru itu satu platform yang lebih rasmi perlu diwujudkan bagi wakil-wakil rakyat PH menyalurkan pandangan dan cadangan berkaitan dengan pengurusan wabak Covid-19 dan pemulihan ekonomi negeri Johor,” kata Dzulkefly.

Hasni pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Disember lalu berkata, pemimpin PH bukan ‘orang asing’ dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, sebagai rakan strategik, pihaknya amat menghargai pandangan walaupun mungkin wujud perbezaan dari segi pemikiran dan ideologi.

Advertisement

Sebelum ini, ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mendedahkan wakil rakyat di beberapa daerah di Johor terutamanya dari PH menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan pegawai daerah untuk menjalankan ujian komuniti Covid-19 secara proaktif.

Bee Yin berharap kerajaan Johor mengarahkan semua pegawai daerah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memperluas ujian.

Dalam perkembangan sama, Dzulkefly mencadangkan pembentukan majlis pemulihan negeri Johor (MPNJ) diwakili pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sektor swasta, pakar industri, pakar kesihatan termasuk wakil rakyat daripada PH.

Advertisement

“Kami berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini agar ia selari dengan agenda menyelamatkan rakyat serta memelihara kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top