BM | EN | 中文

“Jika kebanyakan sektor ekonomi dibuka, mengapa Parlimen tak dibenar bersidang?

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 MAC: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan mengenai keengganan kerajaan membenarkan sidang parlimen, sedangkan pelbagai sektor ekonomi telad dibuka.

Kit Siang turut menyenaraikan empat sebab mengapa Parlimen perlu dibuka dan persidangan perlu dibenarkan menjelang hujung April.

“Amat mengarut dan memalukan jika kebanyakan sektor ekonomi dibuka tetapi Parlimen tidak dibenarkan bersidang;

Advertisement

“Parlimen boleh menolak untuk membenarkan ahli Parlimen yang belum divaksin daripada hadir ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebab ketiga kata Kit Siang, Ordinan Darurat boleh menaikkan kadar kompaun keatas individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penguatkuasaan peraturan itu seolah-olah tidak boleh dicabar.

Manakala sebab keempat kata veteran DAP itu, Yang di-Pertuan Agong sendiri telah bertitah bahawa Proklamasi Darurat tidak menghalang Parlimen daripada bersidang.

Advertisement

“Pengenalan Ordinan Darurat Berita Tidak Benar telah mengurangkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi menangani Covid-19.

“Undang-undang itu dilihat terlalu menekan, tidak berpatutan, tidak masuk akal dan tidak adil,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, ordinan-ordinan darurat itu perlu digantung penguatkuasaannya sehinggalah mendapat kelulusan Parlimen.

Advertisement

“Benarkan Parlimen bersidang untuk menentukan sama ada Ordinan Darurat ini perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada undang-undang atau dimansuhkan, mengikut kehendak rakyat yang sebenarnya.” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top