BM | EN | 中文

“Jika ingin PKP 3.0 berjaya, Muhyiddin perlu libatkan semua rakyat Malaysia – Guan Eng

Muhyiddin-Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendengar dan melibatkan semua rakyat Malaysia jika ingin memastikan kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha melawan gelombang ketiga Covid-19.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, PKP 3.0 boleh menjadi PKP terakhir bagi Malaysia jika Kerajaan Perikatan Nasional PN yang diketuai Muhyiddin melakukan lima perkara.

Guan Eng dilaporkan Roketkini menyatakan lima perkara tersebut, iaitu mengakui kegagalan PKP sebelum ini, mengembalikan fungsi Parlimen, hentikan membuat pusingan U bagi prosedur operasi standard (SOP), menamatkan amalan dua darjat dan fokus menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan ekonomi.

Advertisement

1) Pada Mac lalu, kerajaan PN telah berjanji bahawa tidak akan ada PKP seluruh negara pada bulan Mac bersandarkan pada sains dan data. Namun PKP 3.0 diumumkan kurang daripada dua bulan selepas itu. Jadi bagaimana rakyat boleh mempercayai Muhyiddin untuk menjalankan tugasnya dengan cekap?

2) Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat, Parlimen perlu dikembalikan dan dibuka semula, dan pemimpin pembangkang perlu diundang untuk menyertai Majlis Keselamatan Negara bagi membentuk satu kesatuan menentang Covid-19.

3) Perintah pusingan U SOP ‘buka, tutup dan kemudian buka’ oleh Kerajaan PN dalam masa kurang dari 24 jam bagi tadika dan pusat jagaan harian, telah menimbulkan kekeliruan dan defisit kepercayaan di kalangan rakyat.

Advertisement

4) Amalan dua darjat dalam penguatkuasaan di mana orang kenamaan (VIP) dan menteri terlepas tanpa hukuman atau dikenakan hukuman ringan berbanding dengan hukuman bagi rakyat biasa, telah memburukkan lagi defisit kepercayaan rakyat dan ia perlu dihentikan segera bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

5) Bagi menyelamatkan dan mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan ekonomi kita sekarang, fokus kewangan kerajaan harus beralih dari mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian ekonomi.

Mengulas lanjut, Guan Eng turut bertanyakan sama ada Muhyiddin akan menunaikan janjinya untuk melaniutkan moratorium automatik dan menaikkan jumlah bantuan kebajikan seperti yang pernah dijanjikannya sebelum ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top