BM | EN | 中文

Jika dibenar, akan cuba pemerintahan tak memihak mana-mana parti” – Tun M

tun-dr-mahathir.jpg

Dr Mahathir dalam sidang media petang tadi memaklumkan akan mengadakan pemerintahan yang tidak memihak mana-mana parti 

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau cuba untuk mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Katanya, orang politik dan parti politik terlalu mengutamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

Advertisement

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

“Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini,” katanya pada perutusan khasnya, sebentar tadi.

Pada Isnin lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusia 20 bulan terbubar berikutan parti Bersatu bertindak keluar gabungan itu tanpa persetujuan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi parti tersebut.

Advertisement

Ini mengakibatkan beliau turut meletak jawatan sebagai pengerusi parti berkuat serta-merta sebagai tanda tidak puas hati.

Ahli parlimen Langkawi itu berkata, Yang diPertuan Agong bertitah supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sementara dan beliau sedar apa yang dilakukan sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai.

“Tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara

Advertisement

“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top