BM | EN | 中文

JETI KG JERAM BATU BERPOTENSI JADI LOKASI PELANCONGAN

IMG-20191021-WA0004.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 OKT: Jeti nelayan Kampung Jeram Batu yang menjadi lokasi popular aktiviti memancing di Sungai Pulai, di sini berpotensi diangkat menjadi tarikan eko pelancongan di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Liow Cai Tung namun berkata, ia memerlukan kajian terperinci melibatkan pelbagai jabatan dan agensi bagi pelaksanaan pelan tersebut.

“Saya nampak potensi pelancongan dan akan bincang dengan penduduk dan nelayan macam mana kita boleh bangunkan pelancongan di sini.

Advertisement

“Kita perlu kajian lebih mendalam. Apa yang kita tahu sekarang ini ramai yang datang memancing,” kata Cai Tung kepada Johorkini selepas lawatan beliau ke jeti Kg Jeram Batu, di sini, hari ini.

Jeti nelayan Kampung Jeram Batu dekat Sungai Pulai, Pontian berpotensi diangkat menjadi tarikan eko pelancongan

Dalam pada itu katanya, keunikan Sungai Pulai dengan hidupan flora dan fauna merupakan nilai tambah kepada aset eko pelancongan di kawasan ini.

Antaranya kata Adun Johor Jaya itu, nelayan dan pemilik bot di jeti Kg Jeram Batu boleh menyediakan perkhidmatan sewaan bot kepada para pelancong yang ingin menyelurusi dan singgah ke kampung-kampung di sepanjang pesisir Sungai Pulai.

Advertisement

“Bila jeti ini dinaiktaraf pada tahun hadapan, saya akan cadangkan kepada mereka untuk bawa pelancong naik bot.

“Ini juga boleh menjadi salah satu tarikan pelancong. Sekarang ini memang ramai yang berminat untuk menikmati  alam semulajadi.

“Jadi, ini potensi yang kita nampak.Tapi perincian lanjut kita akan bincangkan kemudian,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top