BM | EN | 中文

JETI BARU KG JERAM BATU BERI MANFAAT BUAT NELAYAN

jeti-kg-jeram-batu.jpg
Advertisement

PONTIAN, 27 OKT: Puluhan nelayan di Kg Jeram Batu dekat Pekan Nenas bakal mendapat manfaat daripada projek pembinaan jeti baru di kampung itu apabila ia siap kelak.

Difahamkan, projek itu menelan kos sebanyak RM1 juta bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar, lebih-lebih lagi apabila kerajaan negeri sedang mengkaji potensinya untuk diangkat sebagai tarikan eko pelancongan daerah Pontian.

Nordin Ahmad

Nordin Ahmad, 57, nelayan sepenuh masa berkata, beliau berharap melalui pembinaan jeti baru itu, lebih ramai pelancong akan datang.

Advertisement

“Yang menariknya disini orang ramai datang memancing. Buat masa ini hanya ada satu kedai makan. Jadi boleh ditambah.

“Bila dapat jeti baru lebih ramai lagi orang luar akan datang,” katanya ketika ditemui Johorkini, baru-baru ini.

Jeti Kg Jeram Batu dekat Pekan Nenas merupakan salah satu daripada 17 projek yang diusahakan oleh Allahyarham Dr Md Farid Rafik, Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pontian, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Berikutan itu satu pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan manakala penamaan calon adalah pada 2 November 2019.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top