BM | EN | 中文

JEREBU:100 SEKOLAH DITUTUP DI PONTIAN

jb-jerebu.jpg
Advertisement

PONTIAN, 15 SEPT : 100 sekolah di Pontian diarahkan tutup hari ini berikutan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat selain trend bacaan menaik.

Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, bacaan terakhir IPU dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar di daerah berkenaan adalah 220.

“Penutupan itu membabitkan semua sekolah dan tadika.

Advertisement

“Semua ibu bapa perlu dimaklumkan bahawa murid sekolah dan tadika tidak perlu hadir ke sekolah.

“Manakala, guru bertugas seperti biasa dengan menjalankan tugas-tugas lain di sekolah seperti mana kandungan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta prosedur operasi standart (SOP) berkaitan jerebu yang dikeluarkan oleh KPM dan pihak berkuasa dipatuhi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top