BM | EN | 中文

JEREBU: TUNGGU KUALITI UDARA PULIH SEBELUM SAMBUNG SESI PEMBELAJARAN, KATA MB

jb-jerebu.jpg

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Sesi pembelajaran di tiga buah daerah di Johor – Pontian, Muar dan Tangkak – yang terkesan teruk dengan jerebu akan terus ditangguhkan sehingga kualiti udara di sana beransur pulih.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri akan menangguhkan sesi pembelajaran di sana selagi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih kekal berada dalam keadaan sangat tidak sihat.

“Sekolah akan ditutup sehingga bacaan IPU di ketiga-tiga buah daerah tersebut kurang dari 200.

“Kerajaan negeri sentitasa bersiap siaga menghadapi setiap keadaan terutamanya ketika jerebu begini,” Dr Sahruddin berkata kepada wartawan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Rukun Negara peringkat negeri Johor sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019, yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara, pagi tadi.

Dalam masa sama, Dr Sahruddin turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil maklum dengan bacaan kualiti udara di kawasan masing-masing dan supaya memakai topeng muka apabila perlu berurusan di luar.

“Masyarakat perlu mengambil tahu kualiti udara bagi melindungi diri masing-masing dari masalah kesihatan yang berkait dengan jerebu,” tambahnya.

Sesi pembelajaran di lebih dari 300 buah institusi pendidikan di daerah Muar, Tangkak dan Pontian ditangguhkan selepas bacaan IPU di daerah berkenaan berada pada paras sangat tidak sihat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top