BM | EN | 中文

JEREBU : TIDAK JEJAS KEDATANGAN PELANCONG

liow-cai-tung-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 16 SEPT : Berikutan keadaan kualiti udara yang terjejas akibat masalah jerebu di negeri ini, sektor pelancongan ketika ini lebih tertumpu di kawasan yang tertutup, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung.

Bagaimanapun, masalah tersebut tidak menjejaskan industri pelancongan Johor kerana sehingga kini, masih banyak pelancong datang ke negeri ini khususnya dari Singapura.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak tentang tahap kesihatan pelancong yang terjejas akibat jerebu yang melanda beberapa daerah khususnya dalam daerah di utara negeri ini.

Advertisement

“Kebanyakan pelancong memang tertumpu di kawasan Johor Bahru dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut setakat ini belum mencapai tahap berbahaya.

“Setakat ini, saya masih belum menerima aduan daripada pelancong (ada masalah kesihatan).

“Minggu ini, merupakan minggu cuti persekolahan bagi Singapura dan saya lihat masih ramai pelancong yang datang dan mereka lebih tertumpu pada kawasan tertutup seperti pergi ke pusat membeli-belah dan kawasan pelancongan yang tertutup serta mengelakkan melakukan aktiviti luar,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan pembukaan Infinity 8 City Centre Coworking Space X Art Gallery, di sini, semalam.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, kerajaan negeri sentiasa peka dan melakukan pemantauan terhadap bacaan IPU.

“Ia adalah untuk memastikan semua maklumat terkini sampai kepada masyarakat dan memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat di negeri ini.

Advertisement

“Sebagai contoh, program yang sedang berlangsung Desaru International Bike Week di Desaru yang berlangsung tiga hari masih berjalan seperti biasa.

“Dalam masa sama, kita tetap pantau keadaan sekitar sana dan setakat semalam bacaan IPU masih rendah dan ia tidak mengganggu program berlangsung,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar khususnya di kawasan yang terjejas dan sentiasa menjaga kesihatan.

Advertisement

“Sekiranya mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala dan sebagainya segeralah mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan secepat mungkin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top