JOHOR BAHRU, 16 Sept : Lebih 300 sekolah, tadika dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Muar, Tangkak dan Pontian yang ditutup kerana jerebu akan dibuka semula esok.
Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, keputusan itu, berdasarkan status bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah menurun.
“Berdasarkan status bacaan terkini IPU di lapan stesen di Johor menunjukkan trend menurun yang banyak dan di bawah 200.
“Sehubungan itu, semua sekolah di daerah Muar, Tangkak dan Pontian yang ditutup pada 15 September (semalam) disebabkan status udara yang sangat tidak akan dibuka semula seperti biasa pada esok (17 September),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau memaklumkan bagi daerah-daerah yang status IPUnya masih pada paras lebih 100, segala aktiviti luar bilik darjah adalah ditangguhkan.
Johorkini