BM | EN | 中文

JEREBU: JOHOR SEMAKIN PULIH

Jerebu-JB-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Kualiti udara di negeri Johor bertambah baik dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan penurunan menurun di semua kawasan setakat jam lima petang tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan yang mencatat bacaan IPU melebih 100 dan ke atas (tidak sihat) pada jam enam petang semalam, mencatatkan bacaan di bawah 100 (sederhana).

Kawasan terbabit Segamat, Batu Pahat dan Tangkak, masing-masing mencatatkan bacaan 97, 78 dan 77.

Advertisement

Empat kawasan lain yang turut mencatatkan berbanding semalam ialah Kluang (74), Larkin (89), Pasir Gudang (85), Pengerang (73) dan Kota Tinggi (77).

Orang ramai disaran untuk terus mengurangkan aktiviti di luar dan memakai topeng sehingga kualiti udara benar-benar pulih.

 

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top