BM | EN | 中文

JEPUN TETAP MENJADI PASARAN PELANCONG PENTING BAGI JOHOR

IMG-20191108-WA0010.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 8 NOV: Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup di Pontian merupakan antara produk eko pelancongan yang dipromosikan pada Program Malaysia Fair Tokyo 2019 yang dianjurkan di Shinjuku Chuo Park, Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, produk lain yang turut dipromosikan di program bertemakan “All About Malaysia” itu termasuklah pulau-pulau, tarikan golf bertaraf antabangsa dan kebudayaan unik negeri Johor yang diyakini dapat menarik minat pelancong negara Jepun.

Advertisement

Beliau berkata, negara itu tetap menjadi pasaran pelancongan penting bagi Johor, dimana segmen tersebut memiliki potensi pertumbuhan yang besar.

“Negara itu adalah antara pasaran jarak sederhana yang seharusnya diberikan penekanan kerana kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia khususnya negeri Johor kerana daripada perkongsian sejarah dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Cai Tung berkata, bagi memperkukuhkan promosi untuk industri pelancongan ke luar negara terutamanya bagi negara-negara Asia, kerajaan negeri telah menyertai program tersebut yang bermula 2 hingga 4 November lalu.

Advertisement

“Promosi pelancongan ini juga mewujudkan kesedaran di kalangan pelancong berpotensi dari Jepun tentang produk-pruduk pelancongan yang terdapat di negeri Johor,” katanya.

Tambahnya, Johor telah mencatatkan kemasukan pelancong dari Jepun seramai 57,971 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Manakala bagi Januari hingga Disember tahun lalu, seramai 124,636 kemasukan pelancong Jepun telah direkodkan dimana kenaikan sebanyak 0.34 peratus berbanding tahun 2017,” katanya.

Advertisement

Adun Johor Jaya itu memberitahu, acara ini menjadi platform kepada kerajaan negeri untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi hubungan antarabangsa dan juga pasaran Jepun khususnya di dalam bidang pelancongan, di samping mewujudkan pelbagai peluang perniagaan.

“Kerajaan negeri akan meneruskan usaha promosi seperti ini untuk menarik lebih banyak pelancong Jepun ke negeri ini dan diharapkan dapat mewujudkan kota kembar dengan salah satu kota di Jepun,” katanya.

Pada program tersebut, kerajaan negeri menerusi Tourism Johor turut melancarkan kempen Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020) dan memperkenalkan maskot TMJ2020.

Advertisement

Ia dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Jepun, majlis telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top