BM | EN | 中文

Jentera PH perlu fokus kerja untuk rakyat, jangan layan provokasi

wong-shu-qi.jpg

Shu Qi (tengah) mempengerusikan mesyuarat PH Kluang yang mengambil ketetapan menubuhkan Biro Penerangan yang akan diketuai ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit dan jawatankuasa khas isu cukai tanah diketuai ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin

Advertisement

KLUANG, 22 FEB: Seluruh anggota dan jentera Pakatan Harapan (PH) perlu menumpukan kepada kerja-kerja yang memanfaatkan rakyat dan tidak melayan provokasi yang mencari kesempatan untuk memecahkan gabungan tersebut.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, jentera PH tidak seharusnya menyahut provokasi puak-puak yang berniat untuk memecahbelahkan PH dan menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’.

Katanya, kenyataan terbaru Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rancangan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin negara itu bakal berlangsung secara lancar pada hujung tahun ini.

Advertisement

“Semenjak spekulasi rancangan peralihan kuasa diuar-uarkan dalam media, pelbagai kuasa politik termasuk puak-puak yang mencari kesempatan mahu memecahkan PH.

“Walau bagaimanapun, kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi tersebut baru-baru ini telah memberi keyakinan kepada semua bahawa PH akan terus diperkukuhkan.

“Saya berharap jentera kita menghentikan spekulasi serta menumpukan masa dan tenaga kita untuk membangunkan ekonomi dan masyarakat kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambah beliau, jentera PH seharusnya memberikan tumpuan kepada usaha penerangan dan penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita tidak boleh menafikan kelemahan penerangan PH selepas mentadbir negara hampir dua tahun. Walaupun pelbagai dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat telah diperkenalkan, namun maklumat tidak kesampaian kepada orang awam

“Contohnya, sehingga kini, ramai yang masih tidak tahu bahawa golongan B40 layak mendapat insuran perubatan percuma, MySalam, secara automatik.

Advertisement

“Kini sudah tiba masanya untuk kita mempergiatkan kerja-kerja penerangan terutamanya untuk mempromosikan dasar kerajaan kepada rakyat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian bantuan dasar-dasar tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, Majlis Presiden PH dalam mesyuarat menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara November depan.

Pada sidang media lewat malam tadi di Putrajaya, Mahathir berkata PH membuat keputusan itu sebulat suara.

Advertisement

“Kita telah bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti. Akhirnya saya tak payah lah ulang apa yang kita capaikan. Terdapat dua pendapat.

“Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan akan berlaku lepas Apec.

“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan yang kita persetujui oleh (Majlis Presiden) parti kepada saya. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top