BM | EN | 中文

Jenazah wanita maut ditembak di Johor selamat dikebumikan

Jenazah-wanita-maut-ditembak-di-Johor-selamat-dikebumikan.jpg
Advertisement

HULU TERENGGANU, 10 MAC: Jenazah wanita yang maut ditembak di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor 1 Mac lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah ibu kepada dua anak berusia 38 tahun itu dibawa pulang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru malam tadi dan tiba di kampung halamannya itu kira-kira 4.15 pagi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan reaksi keluarga gagal berikutan masih bersedih dengan kejadian malang itu.

Advertisement

Jumaat lepas, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan dengan tragis di dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian, sekitar pukul 4.30 pagi pada hari kejadian.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata suami mangsa berusia 43 tahun menjadi suspek utama dipercayai menembak isterinya secara dekat, menggunakan senapang angin ketika sedang tidur di rumahnya.

Kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu dan polis juga menjumpai surat tuntutan fasakh di rumah berkenaan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top