BM | EN | 中文

Jenazah Nur Dinie Damia selamat dikebumi jam 10 pagi

damia-1.jpg

Jenazah Nur Dinie Damia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Haji Sirat Darat, Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian, jam 10 pagi tadi.

Advertisement

PONTIAN, 14 JAN : Jenazah murid tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan hati dan buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Haji Sirat Darat, Kampung Kayu Ara Pasong, di sini pada jam 10 pagi tadi.

Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia jam 10.48 malam tadi selepas dirawat selama empat hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Hadir sama, bapanya Mohammad Noor Ain Dahalan, 38, dan ibunya, Nur Azlina Ahmad, 35, beserta kakaknya, Nur Dania Danisha, 10.

Advertisement

Kira-kira 100 ahli keluarga dan saudara mara turut mengiringi jenazah kanak-kanak itu selepas disolatkan di rumah datuknya di Parit Haji Sirat, pagi ini.

Mayat Nur Dinie Damia dituntut keluarganya di Jabatan Perubatan Forensik HSA kira-kira pada jam 12.57 malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan sebelum ini mendapatkan rawatan kerana disyaki dijangkiti influenza namun disahkan negatif dari virus itu petang semalam.

Advertisement

Usaha wartawan untuk mendapatkan komen daripada ahli keluarga bagaimanapun tidak berjaya kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan enggan mengulas lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top