BM | EN | 中文

Jenazah ‘Makcik Petir’ selamat dikebumi

makcik-petir-al-fatihah.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Mak Cik Petir’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.

Faizul Hafiz Hashim memaklumkan perkara itu di akaun sosial Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.

Advertisement

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya dalam hantaran berserta gambar.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini jam 11.30 pagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolat kan di Masjid Al-iltihad Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Advertisement

Sebelum ini pada September 2017, Noryati pernah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Namun, pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.

Advertisement

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary berlakon dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik anak saudaranya Shahrulezad Mohammeddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top