BM | EN | 中文

Jenama BN sinonim rakyat Johor, Adun Permas diingatkan tumpu kerja

mic-johor-s-deva.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT; Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh diingatkan menumpukan perhatian kepada penduduk di kawasannya selaku wakil rakyat dan bukan sebaliknya hanya sentiasa bermain politik.

Ketua Penerangan MIC Johor, S. Deva membuat teguran berkenaan kerana wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat lebih menumpukan kepada politik sepanjang masa.

Katanya, kenyataan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bahawa pihaknya hanya akan menggunakan logo dacing Barisan Nasional (BN) di Johor dalam pilihan raya umum (PRU) kelak adalah relevan.

Advertisement

“Suka atau tidak, jenama BN sebenarnya telah sinonim dengan rakyat Johor. Parti keramat ini telah memperjuangkan nasib dan kepentingan pelbagai kaum di negeri ini sejak lebih 75 tahun lalu.

“Jadi, mustahil untuk BN perlu menumpang populariti parti lain untuk menang bertanding pada PRU yang akan datang. Itu adalah hakikatnya,” katanya, lapor Utusan Online.

Pada 10 September lalu, Che Zakaria mengingatkan Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor agar tidak mencetuskan konflik politik baharu dengan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi yang tidak menghormati parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

Che Zakaria dilaporkan berkata, kenyataan Hasni adalah tidak wajar, tidak matang dan provokatif dalam situasi di mana semua parti dalam gabungan PN sudah ‘bertenang’.

Hasni sebelum itu dalam temu bual khas bersama Utusan Malaysia berkata, beliau tidak dapat menerima sekiranya UMNO atau BN menggunakan lambang selain dacing pada PRU-15 kelak di negeri itu.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top