BM | EN | 中文

Jemaah menteri sumbang dua bulan gaji untuk tabung Covid-19

covid-19-potong-gaji-menteri.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Barisan kabinet hari ini memutuskan untuk memotong gaji selama dua bulan para menteri termasuk Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya sebentar tadi memaklumkan langkah tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 1 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Advertisement

“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48,” kenyataan tersebut dipetik.

Dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), orang ramai boleh membuat sumbangan melalui akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top