BM | EN | 中文

Jemaah meninggal dunia selepas sujud

jemaah.jpg

Tular jemaah berkenaan meninggal dunia selepas sujud di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang.

Advertisement

KLUANG, 13 FEB : Tular seorang jemaah lelaki menghembuskan nafas terakhir selepas sujud di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang.

Menurut kenyataan dikongsikan di Facebook Muhd Abd Rahman menyebut dia menjadi saksi bahawa kematian itu datang bila-bila masa.

Menceritakan detik yang berlaku pada waktu subuh ketika bersama anak anak Tahfiz Al-Mukhlisin, sebaik sahaja solat berjemaah insan yang dipilih ALLAH itu, Jalaludin Borhan dijemput telah dijemput Ilahi.

Advertisement

“Husnul Khotimah. Pengakhiran yang kita semua idamkan. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah. Mata ini melihat kebesaranMu ya Allah.

“Saya berada di sampingnya semenjak awal pagi. Bertanya “Cik Jalal, awal pagi ni ke surau”. Di balas arwah “Nak ke pasar lepas ni ustaz. Terus pergi je.” Senyum arwah terkenang sehingga sekarang.

“Sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Arwah menyapa “Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang“ Ketawa kecil kami,” katanya.

Advertisement

Selepas solat, berzikir, sedang berzikir arwah mengurut dada, arwah sujud untuk mohon kekuatan dari Allah SWT, bangun sahaja dari sujud, urut dada kembali dan rebah.

“Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham. Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir dari arwah. Allah! dan beliau pergi meninggalkan kita. Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui,”katanya dalam status tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top