BM | EN | 中文

Jelajah Tahun Melawat Johor dipergiat, kali ini bersama sekretariat Sukma 2020

IMG-20200224-WA0005.jpg

Liow Cai Tung (tengah) berkata, kerajaan sedang merangka pakej stimulus terbaik untuk memulihkan ekonomi negara dan berharap pemain industri bekerjasama dengan Tourism Johor mengambil langkah proaktif melestarikan pembangunan sektor pelancongan.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 FEB: Kempen bagi mempromosi Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 dipergiatkan dengan kali ini bersama sekretaiat Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata, kempen jelajah tersebut telah pun bermula bulan ini ke negeri Perak dan akan turut menjelajah ke negeri lain melalui publisiti persembahan, ‘flashmob’ di tempat tumpuan ramai.

“Ini supaya meningkatkan lagi kesedaran mereka terhadao negeri Johor. ‘Roadshow’ adalah salah satu usaha bagi menarik pelancong domestik.

Advertisement

“Sekarang juga kita fokus kepada kempen digital dan promosi dalam talian dengan melibatkan blogger, SMI (social media influencer) tempatan supaya lebih banyak mempromsi negeri Johor.

“Kedua, pengilbatan media arus perdana untuk memaparkan publisiti kita selain rakan strategik di laman web pelancongan yang terkenal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas sesi townhall ‘Tourism Recovery Action Committee’ (TRAC) bersama penggiat industri pelancongan Johor di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Cai Tung berkata, kerajaan Johor kini sedang menunggu keputusan kerajaan berhubung pakej rangsangan ekonomi yang akan membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat penurunan pelancong berikutan penularan Coronavirus (Covid-19).

“Kita melihat kepada apa yang akan diumumkan nanti. Kemudian baru kita buat keputusan macam mana kerajaan negeri Johor akan bantu industri pelancongan,” katanya.

Terdahulu, pada sesi townhall Cai Tung berkata, pihaknya menerima cadangan untuk mengadakan lebih banyak promosi bersama antara Tourism Johor dan MOTAC bersama pemain industri dan NGO pelancongan melalui acara B2B atau program berkaitan pelancongan.

Advertisement

ADUN Johor Jaya itu berkata, dalam tempoh yang sukar ini rakyat perlu lebih bersatu dan industri pelancongan juga perlu sabar dalam menempuh cabaran.

“Walaupun wabak coronavirus telah menjejaskan industri pelancongan, pemain industri pelancongan Johor disarankan jangan panik dan teruskan sokongan anda terhadap Visit Johor dan Visit Malaysia supaya tidak wujud masalah terputus momentum,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top