BM | EN | 中文

Jelajah Selangor Bekerja 2020 dapat sambutan, singgah di lima lokasi

Program-Jelajah-Selangor-Bekerja-2020.jpg
Advertisement

KUALA SELANGOR, 15 NOV: Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 anjuran kerajaan negeri menerima 9,969 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 15 September.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman memaklumkan program ditawarkan meliputi sektor perkhidmatan, perkilangan, makanan dan minuman, kesihatan serta teknologi maklumat.

Beliau berkata ia berlangsung di Kuala Selangor hari ini, Gombak (21 November), Paya Jaras (22 November), Hulu Langat (29 November) dan Shah Alam (5 dan 6 Disember).

Advertisement

“Sebanyak 13 majikan menyertai program hari ini, manakala 20 majikan bakal mengambil bahagian dalam program seterusnya,” katanya, lapor SelangorKini.

Mohd Khairuddin Othman berkata demikian selepas meninjau sesi temu duga di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.

Beliau berkata jelajah tersebut yang sepatutnya berlangsung di seluruh negeri terpaksa dihadkan susulan peningkatan kes Covid-19.

Advertisement

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata pemohon yang berminat perlu mendaftar melalui laman sesawang http://nfdot.com/ereg/views/jobfair atau hubungi talian 03-55247740 atau 03-55231309.

“Pemohon juga boleh merujuk Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor atau Instagram Jobs Malaysia. Mereka yang mendaftar akan menerima kod QR untuk memasuki karnival tersebut,” katanya lagi.

Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 menawarkan pelbagai peluang pekerjaan antaranya pensyarah, tutor al-Quran, pengurus jualan, pegawai penyelidik dan juruteknik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top