BM | EN | 中文

Jelajah Food Bank Keadilan Johor santuni lebih 500 penerima

ysahruddin-kusni-2.jpg

Selain jelajah food bank, Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni (kiri) turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir

BATU PAHAT, 26 JUN: Majlis Pimpinan Keadilan (MPN) Johor menyerahkan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan asas kepada 520 penerima sempena Program Jelajah Foodbank MPN Johor minggu ini

Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni berkata, set berupa keperluan asas disiapkan dengan setiap satu mengandungi barangan makanan bernilai RM50 yang diserahkan ke beberapa kawasan di seluruh daerah di negeri ini.

Menurut beliau persiapan dilakukan bertempat dari Sri Gading, Batu Pahat dan diedarkan kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri.

“Siri jelajah Food Bank MPN Johor bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Seterusnya cabang – cabang boleh meneruskan program seperti ini dengan mengikut inisiatif masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Ysahrudin yang juga Ketua Penerangan Keadilan Johor sempat singgah di beberapa pusat pemindahan sementara di kawasan Bukit Naning yang menempatkan mangsa banjir selain turut menyampaikan sumbangan.

“Set food bank telah diagihkan ke kawasan tersebut bersama-sama wakil parlimen Bakri, Pengerusi MPKK Batu 14-16 serta Naib Ketua Cabang Bakri, Azlan Hamid,” katanya.

Beliau berkata, telah turut menghubungi JPS Muar untuk disegerakan penggalian parit-parit utama dalam kawasan terjejas bagi mempercepatkan aliran air.

Antara kawasan yang dinaiki air dalam DUN Bukit Naning ialah Parit Karim, Parit Zin dan kawasan berhampiran.

Sehingga pagi ini, banjir di Johor dilihat semakin pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 278 orang daripada 74 keluarga berbanding 284 orang daripada 75 keluarga semalam.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top