BM | EN | 中文

JEIWA Power House, kedai komuniti dari wanita untuk wanita

Jeiwa-1-01-scaled.jpg

Nurul Ashikin (dua, kanan) dan Fadilah Nizar, Ketua Pengarah Eksekutif Jeiwa Global Resources (tiga, kanan) bersama sukarelawan di hadapan outlet Jeiwa Power House di Paradigm Mall, Johor Bahru

Advertisement

Berniaga, menjual barangan usahawan yang disaring secara teliti, memberi kaunseling kepada wanita yang berdepan masalah domestik, sokongan moral dan ekonomi kepada orang kelainan upaya (OKU) selain membangunkan kelas bimbingan mungkin kedengaran seumpama pekerjaan luar biasa.

Namun perkara demikian yang berjaya dilakukan sekumpulan ‘wanita besi’ di perkumpulan Jeiwa atau Johor Empowerment Of Intellectual Woman Association.
‘Markas’ mereka digelar Jeiwa Power House yang terletak di tingkat 2 Paradigm Mall, Johor Bahru pusat membeli belah yang sering dan sinonim dikaitkan sebagai ‘wilayah wanita’.

Antara barangan cenderamata yang dijual di Jeiwa Power House

Namun sebenarnya, ia satu langkah strategik untuk mempelawa lebih ramai kaum Hawa untuk terlibat dalam gerakan ‘social entrepreneurship’ (keusahawanan sosial).

Advertisement

Melihat kepada tatarias outlet Jeiwa Power House sahaja sudah boleh dibayangkan betapa ketekunan para penggeraknya, selain sokongan padu para penyokong.

Dengan konsep kepelbagaian dan menyumbang semula kepada komuniti, Jeiwa Power House terdiri dari kedai serbaneka kraf dan cenderamata, galeri, perpustakaan mini, kafe konsep selain bilik kaunseling.

Dari reka bentuk dalaman dan hampir keseluruhan sistem pentadbiran Jeiwa, selain beberapa perkhidmatan yang ditawarkan serta produk yang dijual adalah terdiri dari kolaborasi para ahli dan Jeiwa ‘sympathizer’.

Advertisement

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporatnya, Nurul Ashikin Noor Rahim, Jeiwa sememangnya membantu memasarkan produk yang diusahakan oleh wanita.

Katanya, bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dalam masa yang sama juga syarikat keusahawanan sosial bukanlah kerja enteng, namun semangat kesukarelawaan para ahli Jeiwa tidak mematahkan semangat.

Perpustakaan mini di Jeiwa Power House

“Kita juga mendapat sokongan, misalnya kadar sewa istimewa dari Paradigm Mall. Selain itu, kita turut mendapat sokongan antaranya reka bentuk dalaman dari Homelux, sistem mesin juruwang dari ‘Smart’, mesin kopi dari Dankoff Coffee dengan jenama Fresco dan peti sejuk dari FL.

Advertisement

“Semua ini sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan Jeiwa,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya lagi, beliau sendiri menyumbang tenaga sebagai sukarelawan, manakala para pekerja dibayar gaji melalui hasil jualan makanan dan cenderamata kraf, yang justeru itu memerlukan sokongan semua pihak.

Manakala produk eksklusif yang dihasilkan ialah tiffin (mangkuk tingkat besi) berlukisan tangan dengan motif batik dihasilkan oleh sukarelawan yang bernaung di bawah Jeiwa.

Advertisement

Selain itu di kafe Jeiwa Power House, antara menu yang menjadi tarikan utama ialah laksa Johor dan minuman teh Jordan.

Ujarnya lagi, meskipun dilihat terlalu ‘pelbagai’, namun integrasi keusahawanan dan kesukarelawanan di Jeiwa Power House adalah demi kelangsungan pertubuhan dan perniagaan itu sendiri.

Dalam pada masa sama katanya, segmen antara paling penting yang dikendalikan Jeiwa adalah membantu memberikan perkhidm

Advertisement

Produk eksklusif tiffin (mangkuk tingkat besi) berlukisan tangan dengan motif batik dihasilkan sukarelawan yang bernaung di bawah Jeiwa

atan kepada wanita yang ingin keluar dari masalah keganasan domestik dan rumah tangga.

“Banyak kes yang kami terima. Namun kami akan membantu kepada mereka yang benar-benar mahu keluar dari masalah mereka. Mereka yang mahu ‘move on’.

“Di Jeiwa kebanyakan yang datang dan mahu mendapatkan perkhidmatan adalah dari golongan profesional wanita. Misalnya, peguam dan doktor, atau mereka yang terdiri dari golongan M40,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau lagi, Jeiwa membantu para wanita dengan memberi panduan kepada mereka dan ahli keluarga dengan tumpuan kepada khidmat kaunseling kesihatan mental, nasihat keibubapaan dan anak-anak mereka.

“Ada juga kes-kes mahkamah. Kita akan bantu melalui peguam panel. Ada juga yang hantar anak-anak mereka untuk dikaunseling. Kita akan pandu,” katanya.

Jadi bagaimana anda boleh menyertai Jeiwa?

Advertisement

Untuk permulaan, anda sendiri boleh hadir ke Jeiwa Power House untuk menikmati juadah ‘home cooked’ di kafe konsep dan selain menyokong produk tempatan atau program yang diaturkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jeiwa dan Jeiwa Power House, sila ikuti laman sosial Instagram atau Facebook untuk Jeiwapowerhouse atau e-mel Jeiwa Global Resources di: ceojgr@gmail.com.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top