JECK SENG JANJI BALAS BUDI PENGUNDI TANJUNG PIAI
Jeck Seng diumumkan sebagai pemenang PRK Tanjung Piai

JECK SENG JANJI BALAS BUDI PENGUNDI TANJUNG PIAI

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 16 NOV : Ahli Parlimen Tanjung Piai yang baharu dipilih, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjanji akan membantu penduduk kawasannya walaupun bergelar pembangkang.

Menurut Jeck Seng, beliau amat terhutang budi dengan sokongan diberikan pengundi hingga beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Jeck Seng ketika sidang media

“Baru dipilih sebagai ahli Parlimen, saya akan beri komitmen walaupun sebagai pembangkang. Saya akan ambil kira bagaimana melaksanakan pelbagai program untuk membantu orang kawasan saya.

“Saya terhutang budi kepada pengundi yang beri sokongan padu kepada saya. Ini semangat yang baru kepada saya dan saya akan buat usaha baru untuk bantu membalas budi pengundi,” katanya.

Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai apabila Jeck Seng menang selepas meraih 25,466 undi menewaskan lima lagi pencabarnya.

Jeck Seng, menewaskan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini, yang memperolehi 10,380 undi sementara calon Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) (850 undi).

Manakala, bagi dua calon bebas Dr Ang Chun Lok meraih 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar meraih 32 undi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )