BM | EN | 中文

JDT yakin terus menang

IMG-20200227-WA0030.jpg

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora (Kanan) bersama Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin memegang Piala Sultan Ahmad Shah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah siap sedia menentang Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, pelbagai persiapan telah dilakukan pihaknya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya.

“Persiapan yang kami lakukan antaranya kemasukan beberapa pemain terutama Lirison Krasnoqi dan Matthew Davies bagi memantapkan lagi posisi tengah dan bahagian pertahanan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media, di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Benjamin mengakui Kedah merupakan pasukan mantap dan terbukti ketika aksi final Piala Malaysia musim lalu.

Sementara itu, beliau memberitahu, perlawanan yang bakal berlangsung esok menjadi saksi kerinduan mereka selepas membuat persediaan di Dubai bagi menghadapi liga musim ini.

Piala Sumbangsih ini terlebih dahulu dijulang Kedah selepas menewaskan JDT 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada 2017.

Advertisement

Tahun kemudiannya JDT bangkit menewaskan Kedah 2-1 dan terus mengekalkan kemenangan dua tahun berturut-turut pada 2019 selepas menewaskan Perak 1-0.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top