BM | EN | 中文

JDT umum penyertaan pemain Serie A

Fernando-Forestieri.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tiger

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mengumumkan kehadiran pemain baharu mereka, kali ini melibatkan pemain import iaitu Fernando Forestieri selepas Syahmi Safari mengesahkan menyarung jersi Harimau Selatan.

Penyertaan Forestieri, 31, dimaklumkan JDT melalui video pengenalan berdurasi kurang seminit yang dimuat naik dalam media sosial mereka, Johor Southern Tiger, hari ini.

Sementara itu, dalam video itu, Forestieri berkata, dia telah memperoleh banyak perkara mengenai JDT khususnya melibatkan projek bola sepak juara Liga Super berkenaan.

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek Bola Sepak JDT, dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” katanya, lapor Utusan Online.

Dalam video berkenaan, pemain itu dilihat keluar daripada sebuah limosin hitam yang berhenti di depan pintu utama ibu pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri seperti Syahmi.

Ketibaannya di ibu pejabat tersebut turut disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Penyerang kelahiran Argentina itu diyakini bakal menyarung jersi bernombor 45 berdasarkan video yang dikongsikan berkenaan.

Pemain itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Udinese dalam liga Serie A, Itali. Selain itu, dia turut pernah menyarung jersi Sheffield Wednesday dan Watford.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top