BM | EN | 中文

JDT umum kerjasama dengan pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG

JDT-SWAG.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 NOV: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjalin kerjasama baharu bersama pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi status di laman Facebook, Johor Southern Tiger, semalam.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG telah menjalin satu perjanjian penajaan menjelang kempen 2021.

Advertisement

“SWAG adalah sebahagian daripada tambahan senarai usahasama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot.

“Ada dua lagi penajaan antarabangsa yang akan diumumkan pada masa yang terdekat,” menurut kenyataan itu.

Kiriman itu mendapat perhatian lebih daripada 7.500 tanda sukaan selain hampir 300 komen serta 120 perkongsian selepas tujuh jam dimuat naik.

Advertisement

SWAG merupakan sebahagian daripada tambahan senarai usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top